Berhati-hatilah membeli produk muka di pasaran!

by - January 12, 2016


Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku ni bukanlah perempuan cantik berkulit flawless yang korang boleh nampak bersepah di Instagram upload selfie ber-caption-kan hashtag uitmdihatiku eh uitmpretty. Kulit aku banyak masalah sebenarnya. Masalah jerawat, kulit berminyak, parut. Sebab kulit aku agak sensitif. Mengada-ngada sangat kulit aku ni. Hmmm. Tapi alhamdulillah sekarang dah elok sikitlah berbanding dulu sebab dulu ceritanya masa kulit tak ada problem, gedik sangat nak try produk itu ini lepas tu salah pakai produk hancuzzz muka aku. Orang kata terlajak kereta boleh reverse tersalah pakai produk muka maka berhuhuhu-lah kamu.

Makanya janganlah jadi macam aku ye. Kepada adik-adik yang baru nak meningkat remaja tu kalau kulit korang bersih tak ada masalah tak payah usik-usik. Jangan berangan nak pakai produk macam orang dewasa nanti korang menyesal macam akak. Sila jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran. Uhuks.

Aku dapat idea nak tulis entri ni sebab aku tengok banyak isu produk skincare yang berlambak dijual di pasaran dengan tagline “kesan seawal 3 hari..” dan yang sewaktu dengannya. Aku suka baca review belakang tabir yang luahkan perasaan masing-masing lepas pakai produk berkenaan sampai rosak muka, huhuhu. Sebab selalunya kita tak akan jumpa testimoni macam tu ditunjukkan secara umum, betul tak?

Sebenarnya aku ada pengalaman pakai produk-produk macam ni. Aku tak tahu nak kategorikan macam mana, tapi bukan produk skincare yang korang boleh dapatkan di drugstore macam Safi, Olay, Himalaya semua tu. Alaaa faham-fahamlah. Hehehe. Aku tulis entri ni bukan nak jatuhkan sesiapa atau nak tutup periuk nasi orang. Niat aku cuma nak kongsi pengalaman aku je. Tak salahkan? Sharing is caring. Heeeeeeeee.

Aku start pakai satu produk ni sebab aku terpengaruh testimoni kat Facebook. Heh. Masa tu produk ni memang hot gila macam pisang goreng. Semua pakat-pakat nak beli. Aku pun dengan beraninya order online. Memandangkan harga produk ni memang affordable untuk student, aku tak teragak-agaklah untuk cuba.

Lepas 3 hari pakai muka aku memang nampak perubahan yang ketara. Nampak flawless-lah senang cerita. Aku pun apa lagi, mestilah gembira kan. Dahlah murah, berkesan pulak tu. Tapi apakan daya, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi dah hujan, tak dapat den nak keluar. Okey rosak peribahasa. Setelah seminggu aku pakai, muka aku start keluar biji-biji merah, macam jerawat tapi tak tahulah apa dia. Jerawatlah kot. Kah. Aku tanya seller tu dia kata, biasalah itu tandanya dia tengah bertindak balas nak keluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam muka kita. Memang akan naik jerawat dulu lepas tu baru bersih balik. Aku pun macam... What!? Dia bersihkan muka aku lepas tu tiba-tiba naik jerawat lepas tu nak bersihkan balik pulak. Macam mana tu? Kau gila ke kakkkk. Aku pun rasa lain macam je. Setelah aku membuat kajian dengan lebih mendalam tentang produk tu barulah aku tahu yang sebenarnya produk tu mengandungi merkuri. Hmmm. Mesti korang dah dapat agak produk apa ni kan? Hahaha.

Bila dah macam tu, aku terus stop guna produk tu. And guess what? Muka aku jadi lebih teruk. Hahahahahahahahahahahaha *evil laugh* Aku tak tahu kenapa aku gelak tapi aku rasa kelakar. Lol.

Lepas muka aku dah teruk tu, aku memang tak pakai apa-apa selama seminggu. Lepas tu baru aku pakai pencuci muka Cetaphil untuk rawat balik kulit aku. Honestly I love Cetaphil because it really works on me. Cuma Cetaphil ni kerja dia rawat kulit je, tapi dia tak akan buatkan kulit kau cantik putih berkilat semua.

Aku ada pakai satu lagi produk lepas tu. Mesti korang cakap, tak reti serik ke budak ni, kan kan? Haha. Biasalah terpengaruh testimoni lagi plus tengok pengasas dia yang putih melepak terus aku beli dengan girangnya. Produk yang ni pun okey jugak mula-mula je lepas tu hampeh. Sekarang baru aku tahu yang produk tu sebenarnya sama je dengan produk yang mula-mula aku pakai tadi cuma di-rebranding. K.

Aku pernah pergi satu kedai macam kedai jamu ni, pakcik tu siap bagitahu aku lagi semua jenis produk yang di-rebrand. Korang tahu tak apa benda tu rebrand? Bagi yang tak tahu, rebrand tu bila korang beli krim timbang kat Thailand ke mana-manalah lepas tu korang repack dan korang letak brand korang sendiri. Lepas tu mengaku produk sendiri. Aku rasalah, ke ada istilah lain? Hahaha. Kalau salah, maafkan saya. Sobs sobs.

Sebenarnya banyak je produk di pasaran tu yang mengandungi merkuri dan bahan kimia yang terlalu banyakkkk tapi kita je yang tak tahu. Dan yang di-rebrand dan di-repack pun. Serta produk-produk tiruan, memang berlambak di pasaran. Kita sebagai penggunalah yang kena berhati-hati dan bijak memilih.

Sekarang ni memang aku dah tak berani nak pakai produk-produk macam ni. Better pakai produk dari drugstore. Aku tak cakap produk drugstore tu tak ada bahan kimia tapi at least kita tahu syarikat-syarikat macam tu syarikat besar dan dikenali. Dan kalau ada apa-apa pun kita senang nak buat report. Tapi kalau produk-produk macam ni, bila terbeli yang tiruan, siapa yang nak bayar ganti rugi? Kawan aku beli dua kali produk tiruan, minta ganti rugi memang dia buat tak layan je. Kisah benar ni bukan dusta. Huhuhuhu.

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku yang aku rasa nak kongsi dengan korang. Aku tak paksa korang untuk percaya. Ada orang pakai mungkin menampakkan perubahan positif tapi orang-orang yang aku kenal dan dari sumber-sumber yang aku peroleh memang ramai cakap yang produk macam ni mendatangkan kesan negatif. Terpulang kepada diri masing-masing untuk terima macam mana. Tepuk dada tanya selera.



Till then, stay pretty girls! :)

You May Also Like

51 comments

  1. yeah~ bila kita dlm kategori sensitif ni payah. trauma nak cuba sana sini mcm orang lain tu ada. kan? sep sep la kte sob sob sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sedih jugak ni. Nak jugak rasa kulit flawless kekekeke.

      Delete
  2. baru nak post something like this hahaaah sbb baca dkt @twt_kecantikan and femes gak ah dkt twitter.

    SENANG CERITA JGN PAKAI LOCAL PRODUCT.

    qila mcm peh. rilek je diorang post but sadly yes :(
    tah lah, diorang rebranding. those products are just from the same factory.
    mercury la, semua yg harmful bersepah.
    sedih oh. but what to do, harap diorang stop la menipu.
    cantik cepat, hodoh pun cepat. gitew.

    qila pun mcm terus takjadi nak beli. baru je nk tergoda pakai serum ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Hahahaha perkara ni sebenarnya dah lama hangat diperkatakan *ceh* tapi tak tahulah kenapa macam tak diambil tindakan pun. Haih. Itulah, siap mengaku brand sendiri yg tak tahan. Orang nak buat duit kan, macam-macam cara dyorg guna. Alaaa qila tak payah nak mcm sangat, terus jela tak payah beli. Hahahahaha.

      Delete
  3. Sama sangat masalah kita kak.. cuma parut kat igs ni amik masa betahun nak hilang.. tunggu bertahun tu datang dah parut lain.. sedih.. filter je mampu tutup.. hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parut memang musuh paling ketat selain jerawat. Hahaha.
      Belilah any product from drugstore khas untuk parut mungkin berkesan :)

      Kalau dah guna and berkesan nanti share lah! Hehehe.

      Delete
  4. Kita geng la Fieyqa. Fatin dulu pun macam Fieyqa jugak, cepat terpengaruh. Tengok wajah pengasasnya flawless gila, terus nak beli. Tak siasat dulu pulak tu pasal produk tu.

    Beli skincare secara online atau kat kedai-kedai jamu ni, sebab nak hilangkan parut jerawat dan bagi sedikit flawless je. Tak sampai seminggu, nahh, tumbuh mencanak-canak jerawat kat pipi. Sakit yang amat. Jerawat merah-merah tu, dengan jerawat kat dalam kulit yang susah nak pecah tu.

    Memang la kesan dia cepat kan, sebab diorang letak chemicals tinggi. Last-last benda tu yang memudaratkan kita. Huhuhu. Sekarang ni beli skincare kat drugstore je. Tak flawless sangat pun takpelah, asalkan muka bersih. Effect slow pun slow je lah.. itu yang lebih selamat, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... biasalah manusia tengok testimoni elok sikit terpengaruh. Tak tahulah
      mana datang testimoni tu semua cakap elok, bagus, padahal... Hahaha.
      Sedih kan bila dah beli produk sebab nak cantik sikit tapi lepas tu makin teruk :/

      Sebenarnya produk yg bagus ialah produk yg lambat kesannya tp tetap bagi kesan.
      Bukan yg 3 hari, seminggu dah berkesan. Yes. Memang betul tu. Setuju sgt :)

      Delete
    2. Fieyqa sekarang pakai produk apa eh? Mind to share with us? Selalu Fieyqa pakai pencuci muka saja ke atau ada tambahan krim-krim lain? :)

      Delete
    3. Alamak malulah nak share. Muka bukan bersih pun. Huhu :/

      Fieyqa biasa pakai pencuci muka, krim siang, krim malam, toner, pelembap. Hehe.

      Delete
  5. takut betul sekarang ni berlambak sangat mende ni jual. huh, dulu pernah pakai satu produk muka terkenal jugakla, tapi lepas dah stop pakai, habis muka buruk. huhuhu. jerawat yang berparut jadi hitam :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tak tahulah macam mana siap boleh lulus kkm. Hmmm. Kesian penggunalah
      mula-mula je cantik, bila dah stop pakai....... Sabar yee heee. Cubalah rawat :)

      Delete
  6. bahaya pakai sebarang product ni.Ada yg sanggup pakai product even sampai kulit menggelupas :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab seller selalu kata yg mengelupas tu bagus sebab nak buang kulit mati
      padahal bila mengelupas-lah yg buat kulit kita makin sensitif dan nipis :/

      Delete
  7. agreed with you, sis. must be carefull. saya pun muka tak flawless. tak berani nk beli produk pun sebenarnya. cuma pakai pencuci muka biasa je.

    btw, terima kasih kongsi pengalaman. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sebenarnya sekarang baru sedar lebih baik maintain tak ada masalah daripada
      sibuk nak kulit cantik lepas tu last last rosak. Huuu T_T Jagalah kulitmu. Hiks.

      Delete
  8. nak beli produk especially muka mmg sensitif gila.nice info.tq sharing :D

    ReplyDelete
  9. bayangkan kalu 3 hari boleh muluskan kulit dr dalam, entah brp hebat juga dia menghakis sel2 kita dari dalam.
    (secara saintifiknya tak tahulah btl ke x, tp saya selalu pikir mcm2)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kadang-kadang terfikir benda yg sama jugak. Huuu :|

      Delete
  10. I've had the same TRAGEDY here! Haritu masa jadi, terus type n save somewhere tapi belum post. Nanti dah post, boleh baca pengalaman kite pulak! Hehehe.. Seriously, kita yg duduk dlm kategori kulit sensitif ni toksah laaahhhh cepat sgt tergoda dan akhirnya tertipu dgn lambakan produk kecantikan local ni. Nonono, please don't. Walau mcm mana meronta naaakkkk try dgt pn, just DON'T! Nanti menyesal xsudah. Kankan? :'O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Somewhere mana tu? Ekekeke, okay in shaa Allah. Itulah biasalah kadang-kadang
      perempuan semua benda dia nak cuba iye tak? Huhu. Lepas ni kena selalu berhati-hati :3

      Delete
  11. sama dgn sy! sekarang stop dari pakai produk yg tagline kesan seawal 24 jam lah apa jadah semua tu. sungguh tak tipu, bila da betul2 stop pakai tu, baru sedar rupanya ada banyak jerawat di sebalik kulit sy. Cuma dia tak timbul kalau tekan kulit berasa laa. Jegahak gilaa je rasa patot ler aku pakai produk tu serba serbi toner serum night cream semua hapkrak tak berambus jerawat tu. Bkn membantu, membantut ada laa hahahaha. Dia nipu je nunjuk ploles padahal kulit ni dah rosak dalam. Sejak stop ni baru kurang sikit. Alhamdulillah. Sy amalkan bedak sejuk jee malam malam. So far okay takde teruk mcm dulu. Jimat pun jimat. Dulu beli produk 5 in 1 tu beratus habis. Membazir jeeee. Baik pakai bedak sejuk baru dua ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerawat yg tumbuh kt dalam lebih menakutkan kan? Huuu T_T Itulah, produk-produk
      macam ni biasanya luar je nampak bersih dlm permukaan kulit tu tak tahu apa jadi. Hmmm.

      Eh fieyqa pun pakai bedak sejuk hari-hari hehehe sep sep!

      Delete
  12. tak pernah beli produk yg ada berlambak kat IG tu, tambah lagi kalau kata berkesan dalam masa yg singkat. kena hati hati bila nak beli produk jaga muka ni, elok cari kat drugstore yg diiktiraf cam Watsons, Guardian dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tak cepat terpengaruh hehe :/ Betul tu, skrg ni mmg beli kat drugstore je huuu.

      Delete
  13. Good information. Bukan boleh percaya sangat skincare tu semua. Macam apa je. Huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Kalau boleh, elakkan je daripada beli. Huhu.

      Delete
  14. kalau yang seawal 3 hari tu memang tak boleh pakai la. dah confirm2 bahan kimia tinggi sebab kesan cepat. actually, kalau nak cantikkan muka n badan buat macam orang dulu. guna herba dan cara natural.:) btw, ini semua pengajaran buat wanita semua.:) nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Entahlah dulu masa pakai tak fikir panjang. Hiks. Betul tu. Sekarang memang
      nak guna cara natural je. Walaupun kesan dia lambat, yang penting selamat. Hehehehe.

      Delete
  15. Huhu samalah sys. Kita ni kategori kulit sensitif. Adoii bahaya sungguh kan. (๑¯ω¯๑) kaalau mengelupas ke tercabut kulit muka. Hahh. Susahh hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh jaga betul-betul kulit tu jangan sampai tercabut pulak hahaha ><

      Delete
  16. mmg betol..pape pon kene g drugsore je..dari dulu lagi x cye org jual online ni..

    ReplyDelete
  17. Memang bahaya kalau beli skincare yang tiada authorised ni. Especially jenis yang rebrand tu. Good post untuk mereka di luar sana.

    Jemput baca perkongsian saya di www.rahsiasihat.com:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Tapi yang peliknya, masih banyak lagi jual kat luar tu. Huhu.

      Delete
  18. Unless the skincare products are not sold in legit pharmacies like Watson or Guardian, I think it'd be better to avoid the products. Especially yang founder dia insta femes like obviously those founder are already flawless to begin with

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Skrg memang beli drugstore punya produk je. Tak berani dah beli local punya. Hahahaha. Setuju!!! Yang pengguna ni banyak tertipu dengan testimoni je sebenarnya. Huhu.

      Delete
  19. Muka mak saya pn rosak teruk. Siap jadi photosensitif lg.sensitif cahaya matahri bkn snsitif ambik gmbar. Hehe... Plus, buah pinggang mula2 ada gngguan sbb ada HBP. Pastu rosak terus. Muka rosak, kidney rosak, duit utk rawatan dialisis pn hangus. Around 4K every month n tempat rawatan terhad.
    Skrg kami pkai Mary kay stu fmily. Muka mak da cntik smula slepas bbrapa bulan n plus kulit lebih sihat n nmpak muda. Tp yg kidney tu da x boleh patah balik. Siapa yg nk tnya2 pasal masalah skin jgn segan2 nk tnya saya. Sbb saya mmg suka dscuss psal masalah skin dgn kenalan2. Nk cuba prod mary kay pn boleh. Kihkih...

    ReplyDelete
  20. giigah akak baca pengalaman adik ni. akak dulu pun macam adik. tapi kesilapan sendri suka tukar tukar produk. sebb dulu kulit kita ok je guna laa apa apa produk pun. masa tu muda remaja lagi laa. Bila dah besar baru rasa kesannya. Muka senang naik jerawat. kalau nak cerita bab cantik ni memang tak habis. sesungghnya manusia ni tak pernah puas, hehehehe. yang penting skang ni kita kenen jaga makan. makan sayur buah. and paling best kene rajin keluarkan peluh untuk kulit sihat. nak cantik lagi, telan vitamin c ke untuk boostkan lg nak putih melepak. hehehe

    ReplyDelete
  21. Hampir2 nk beli... alhamdulillah... sempat kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  22. memang sangat ngeri kalau dengar ada produk yang boleh flawless kan muka dalam masa 3 hari je...huhuhu..apa bahan lah yang dia letak tu..sampai menghakis kulit kita sebegitu rupa...huhuhu ngeri better pastikan ambil atau pakai produk yang selamat,dan semulajadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Better pakai produk yg dipercayai. Biar lambat asal selamat ;)

      Delete
  23. kalau pakai fair and lovely ada bahan merkuri tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nak komen tp dulu pernah pakai, habis muka naik ruam hahahaha

      Delete
  24. klo eucerin okey x ??? yang white therapy foam tu... makin pakai mcm makin teruk pula... any suggestion ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok review macam ok untuk orang yg ada masalah jerawat. Tapi kalau awak pakai tak sesuai, better cuba yang lain macam Aiken, Simple atau Cosmoderm. Banyak je pilihan sebenarnya kena try and error. Hihi. Good luck!

      Delete

Be nice please. Thank you ♥