Pinterest

Friday, February 24, 2017

Lawanya koleksi terbaru dari Uniqlo ni!

Hai, assalamualaikum.

Ada antara korang yang dah sibuk-sibuk buat persiapan untuk raya ke? Hahaha amboi excited sungguh. Tapi aku yakin mesti ada je yang dah buat persiapan sikit-sikit untuk raya lagi-lagi bab pakaian, betul tak? Kalau dulu-dulu, aku selalu jugak beli baju, seluar awal-awal sebab nak kumpul sikit-sikit. Haha. Method ni digunakan supaya ibu ayah kita tak rasa terbeban sangat nak belikan kita semua sekaligus sebelum raya. Bayangkanlah kalau ada 5 orang adik beradik? Lepas tu seorang nak sampai 5-6 pasang tak ke gugur rambut ibu ayah kita nanti? Hahaha. Itu baru bab pakaian, belum cerita langsir rumah, kuih muih, kerepek lagi.

Jadi kalau rasa nak ikut cara ni, mulalah berbelanja dengan bijak sekarang. Hahaha. Raya pun bukan lama sangat pun lagi. 4 bulan je. Dah boleh dah start beli sikit-sikit. Kalau masih rasa pening-pening lalat ke, dilema ke tak tahu nak beli kat mana pakaian yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, apa lagi, Uniqlo lah jawapannya! Tunggu apa lagi ni? Let's shop at Uniqlo for the latest Women's Collection! :D

Meh sini aku tunjuk latest collection dari Uniqlo supaya kita boleh rambang mata sama-sama. Haha.

WOMEN Striped Flare Long Sleeve Long Dress
ITEM CODE: 196584
RM149.90

Favourite!!!! Ya Allah, terus jatuh cinta pandang pertama bila aku tengok dress ni. Hahaha. Ni Hana Tajima punya collection tau. Serius cantik. Aku suka dress ni sebab nampak simple je tapi elegant sangat. Mihmih. Kalau rasa macam raya pertama tu dah bosan asyik pakai baju kurung atau jubah je setiap tahun boleh dah kot rasanya nak usha dress ni lepas tu terus add to shopping bag je. Tak payah fikir banyak dah. Hahaha.

WOMEN Crepe Tuck Long Sleeve Tunic
ITEM CODE: 191102
RM149.90

Ni pun koleksi daripada Hana Tajima. Ya Allah waduh waduh kuatkanlah aku Tuhannnn. Haha. Cute gila kot blouse ni. Haish. Ada 3 pilihan warna yang korang boleh pilih. Orange, natural and navy. Tapi serius aku suka yang orange ni macam cantik macam comel je. Kalau pakai mesti nampak ayu je kan? Huhuhu berangan jap.

WOMEN Tuck Flare Wide Pants
ITEM CODE: 198138
RM79.90

Yang ni ohsem. Siapa suka wide pants tapi asyik pakai palazzo je bolehlah tukar taste pakai Tuck Flare Wide Pants dari Uniqlo ni pulak. Kalau rasa dah bosan pakai kain pun boleh gantikan kain dengan seluar ni. Longgar dan yang paling penting cantik especially kalau pandai gayakan. Seluar ni ada 4 pilihan warna :)

Bagi lelaki, jangan sedih. Korang pun boleh bergaya di hari lebaran ini dengan koleksi terbaru dari Uniqlo. Klik je cepat-cepat link ni okay :) Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo!

MEN Broadcloth Printed Short Sleeve Shirt
ITEM CODE: 198273
RM79.90

Sorry to say kalau korang rasa taste aku pada kemeja lelaki sangat teruk tapi aku suka kemeja macam ni sebab nampak comel. Hehehe. Coraknya macam polka dot tapi kecik-kecik alahai comel je kalau lelaki pakai. Haha. Bolehlah beli sehelai buat pakai pergi beraya rumah girlfriend nanti, mesti dia terjatuh cinta lagi :3

MEN Washed Striped Lone Sleeve T-Shirt
ITEM CODE: 195166
RM79.90

Yeah, lagi satu aku suka tengok lelaki pakai sweatshirt. Tapi memandangkan cuaca kat Malaysia ni yang agak panas, bolehlah tukar sweatshirt tu kepada t-shirt lengan panjang yang nampak macam sweatshirt. Hehe. *macam sweatshirt ke?* Kalau panas jugak, jangan risau. Boleh pakai buat pergi beraya di malam hari :D

Macam mana? Menarikkan koleksi terbaru dari Uniqlo ni? Kalau rasa tak puas cuci mata lagi jemputlah klik link-link kat atas tu untuk tengok koleksi yang lain. Banyak lagi yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb, tapi aku rasa kalau nak letak semua dalam ni memang berjela-jelalah jadinya entri ni. Hahaha. 

Untuk korang yang kaki shopping ni, aku nak bagi pulak diskaun RM10 untuk korang buat duit raya. Hahaha. Enter this Uniqlo coupon code to enjoy RM10 off! Apa tunggu lagi? Ayuhlah berbelanja di Uniqlo. Mihmih.

5 comments:

  1. Baju-baju Uniqlo ni kalau yang lelaki tak berapa berkenan sangat sebab fashion dia macam tak sesuai la pakai dekat Malaysia haha and shirt dia kalau pakai dia macam nipis. tak tau kenapa tak suka dengan material macamtu (mungkin buta fashion kot agaknya kahkah). btw cantik lah blog ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke haha tak perasan pulak sebab biasa cuci mata tengok baju perempuan je :3
      takpe. masing-masing ada citarasa sendiri kan. hehe. terima kasih :)

      Delete
  2. semua baju by uniqlo nie cantik2. serius cantik. harga pun cantik jugak T^T

    ReplyDelete
  3. suka dengan tuniq tu, smart 😍

    ReplyDelete
  4. Anis tak boleh betul kalau masuk, rambang mata semua bila tgk baju2 ni >.<

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.